Friday 7 October 2011

Pendidikan di Kampung Teluk Gedong

Tahap pendidikan dalam kalangan anak-anak muda di Kampung Teluk Gedong semakin meningkat. Namun, terdapat segelintir yang terpengaruh dengan wang yang dijanjikan oleh nelayan-nelayan dan pengusaha gamat sehingga mengabaikan pelajaran.Kelas tuisyen yang diadakan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor juga telah melabur wang yang besar dalam memastikan pendidikan anak-anak di Pulau Pangkor terjaga dengan mengadakan kem motivasi.Namun hanya sebahagian kecil pelajar di Kampung Teluk Gedong yang menunjukkan minat untuk mengikuti program yang dianjurkan. Masalah ini dilihat datang dari sikap ibu bapa sendiri yang tidak menekankan pendidikan kepada anak-anak.Ada juga antara mereka yang lebih suka jika anak mereka dapat mencari nafkah sendiri.Bilangan guru yang tinggal di Pulau Pangkor juga tidak ramai kerana ada antara mereka yang tinggal di luar.Kelas motivasi yang diadakan beberapa minggu sebelum peperiksaan dilihat tidak mencukupi kepada pelajar di sana.

No comments:

Post a Comment