Friday 7 October 2011

Pendidikan di Kampung Teluk Gedong

Tahap pendidikan dalam kalangan anak-anak muda di Kampung Teluk Gedong semakin meningkat. Namun, terdapat segelintir yang terpengaruh dengan wang yang dijanjikan oleh nelayan-nelayan dan pengusaha gamat sehingga mengabaikan pelajaran.Kelas tuisyen yang diadakan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor juga telah melabur wang yang besar dalam memastikan pendidikan anak-anak di Pulau Pangkor terjaga dengan mengadakan kem motivasi.Namun hanya sebahagian kecil pelajar di Kampung Teluk Gedong yang menunjukkan minat untuk mengikuti program yang dianjurkan. Masalah ini dilihat datang dari sikap ibu bapa sendiri yang tidak menekankan pendidikan kepada anak-anak.Ada juga antara mereka yang lebih suka jika anak mereka dapat mencari nafkah sendiri.Bilangan guru yang tinggal di Pulau Pangkor juga tidak ramai kerana ada antara mereka yang tinggal di luar.Kelas motivasi yang diadakan beberapa minggu sebelum peperiksaan dilihat tidak mencukupi kepada pelajar di sana.

Sosio-ekonomi di Kampung Teluk Gedong


80% dari penduduk Kampung Teluk Gedong menjadikan aktiviti nelayan sebagai mata pencarian mereka sejak dahulu. Tetapi masalah mula timbul apabila permit diberikan kepada pendatang asing untuk menjadi nelayan menyebabkan penduduk kampung hilang pekerjaan dan masalah ketagihan dadah dalam kalangan anak-anak muda mula bertambah dari sehari ke sehari.Menurut Encik Ishak lagi,jika masalah ini tidak dipantau oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),nama Pulau Pangkor yang gah bakal tenggelam dalam masa 4 hingga 5 tahun lagi.Selain menjadi nelayan, penduduk kampung juga terlibat dalam pengusahaan gamat dan ikan kering. Malangnya,produk-produk gamat ini tidak dieksport keluar negeri atas beberapa sebab.Pertamanya, Jabatan Perikanan tidak meluluskan penglabelan kerana prosedur memerlukan kawasan pembuatan yang khusus seperti kilang yang tidak bersambung dengan tempat tinggal pengusaha.Keduanya, Encik Ishak sendiri tidak mahu mengeksport produknya ke luar untuk mengelakkan penipuan dari pihak lain seperti melakukan pembungkusan semula dengan melarutkan air gamat dengan bahan lain yang menjadikan air gamat tidak asli.
Pencari Gamat Emas
Gamat Emas

Raby bersama gamat

Cara pemotongan gamat
Gamat yang dipotong untuk mendapatkan air



Thursday 6 October 2011

Lawatan Pertama

Lawatan ke Pulau Pangkor untuk yang pertama kalinya adalah pada 1 Oktober 2011.Tujuan lawatan ini lebih kepada melawat tempat kajian iaitu Kampung Teluk Gedong yang merupakan sebuah perkampungan nelayan. Lawatan ini diketuai sendiri oleh Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah iaitu Profesor Madya Dr Ahmad Salihin Bin Haji Baba dan 6 orang ahli JTK iaitu Syahrulnizam bin Noor Hisham, Nik Nadia Sophia binti Nik Mohd Zaaba, Hazreena Aida binti Illias, Rabiatul Adawiyah binti A. Rahmin,Mohd Nur Ashraf bin Mohd Yusoff dan Muhammad Zulhelmi bin Mansor.Tepat jam 5 pagi, kami bertolak dari kolej menaiki van yang dibawa oleh Abang Bob dan tiba di Jeti Lumut pada pukul 9 pagi. Kami kemudiannya menaiki feri yang dengan bayaran tambang RM10 untuk perjalanan dua hala dari Lumut ke Pangkor dan perjalanan tersebut mengambil masa selama 35 minit. Setibanya disana, kami menyewa homestay sebagai tempat penginapan
Di Pintu Gerbang Kampung Teluk Gedong



Salah satu homestay di Pulau Pangkor

Ruang tamu homestay

Homestay 1

Homestay 2

 
Antara tarikan di Pulau Pangkor adalah Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat (Historical Rock) yang terletak dalam Kampung Teluk Gedong.Kota ini telah mencatat sejarah yang panjang.Dibina pada kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai kota bertujuan melindungi kapal-kapal dagang mereka. Kota ini sering menjadi sasaran pahlawan Melayu yang menentang penjajah hingga beberapa kali ia ditinggalkan.

Antara tinggalan yang ada di Kota Belanda
Kota Belanda yang terletak di Teluk Gedong





Agenda diteruskan dengan berjumpa penduduk kampung bagi mendapatkan maklumat tentang Kampung Teluk Gedong.Kami berpeluang untuk menemuramah Encik Ishak iaitu Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor. Beliau juga merupakan salah seorang pengusaha gamat emas di kampung itu.

Pengetua Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah bersama En Ishak
En Ishak menerangkan tentang gamat dan hasil tangkapan di Pulau Pangkor

Menurut Encik Ishak Bin Hanif, terdapat 36 jenis gamat dan Pulau Pangkor merupakan lubuk gamat emas yang terbaik di dunia kerana air lautnya yang masin.Ini diiktiraf sendiri oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Gamat dikutip 2 kali setahun bagi menjamin keterusan spesies berharga ini.Terdapat banyak khasiat yang terdapat pada gamat emas,antaranya ialah dapat meningkatkan kesihatan badan dan mempercepatkan penyembuhan luka luaran serta dalaman


Minyak Gamat
 
Air Gamat

Ibu Gamat




PANGLIMA 12

Ahli Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah Universiti Malaya dengan kerjasama pihak Kolej Kediaman telah merancang untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Kampung Teluk Gedong,Pulau Pangkor yang dijangka akan berlangsung selama 5 tahun.Kajian pertama difokuskan kepada aktiviti keusahawanan dan juga dalam bidang pendidikan penduduk Kampung Teluk Gedong.Kajian pertama dijangka berlangsung selama 6 bulan sebelum diteruskan kepada kajian-kajian yang lain berkaitan perkampungan ini.Oleh itu,projek ini diberi nama PANGLIMA 12 dipilih sempena mengambil perkataan "PANG" dari perkataan Pangkor dan "LIMA" dari jangka masa program ini berlangsung.12 pula melambangkan Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah yang merupakan kolej kediaman yang ke-12 dalam Universiti Malaya.