Wednesday 14 December 2011

Majlis Perasmian Pangkor Gemilang (PANGLIMA 12) 2011



 MAJLIS PERASMIAN PANGKOR GEMILANG (PANGLIMA 12)
dirasmikan oleh
YAB DATO' SERI DIRAJA DR ZAMBRY HJ ABD KADIR
MENTERI BESAR PERAK
anjuran
JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ
KOLEJ KEDIAMAN RAJA DR NAZRIN SHAH
UNIVERSITI MALAYA
dengan kerjasama
KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

 Tarikh: 18 Disember 2011 (AHAD)
Masa: 11.00 pagi -12.30 tengah hari
Tempat: Dataran Takraw, Kampung Masjid Pulau Pangkor

Friday 2 December 2011

DELEGASI KE-3 (19 & 20 Nov 2011)


Sekumpulan peserta sekali lagi ditugaskan ke tapak projek iaitu Pulau Pangkor pada tanggal 19 dan 20 November 2011. Delegasi kali ke-3 ini telah disertai oleh 2 orang penyelia penasihat dan 3 orang pelajar. Delegasi kali ini diketuai oleh Puan Ummu Aiman bt Abd Karim dan Cik Lilyana Kamaruddin. Manakala Jawatankuasa Tindakan Kolej pula diwakili oleh Mohd Nur Ashraf b Mohd Yusoff, Muhammad Zulhelmi bin Mansor serta Nazril Syazwan bin Ahmad Nadzri (Pengarah Kembara Gemilang). Berlainan pada kali ini, kami memulakan perjalanan tepat jam 9 pagi. Kami dipandu sendiri oleh Puan Ummu terus  Lumut dan perjalanan kali ini mengambil masa selama 4 jam setengah untuk sampai ke Jeti Lumut. 

Selepas kami makan tengah hari di Jeti Lumut, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor. Kami menaiki feri pada jam 2.30 petang. Seperti biasa, perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai di Jeti Pangkor. Kami terus menyewa kereta untuk ke destinasi berikutnya iaitu rumah homestay kami. 

Setelah tiba jam 4 petang di rumah homestay kami, kami dihidangkan dengan minum petang seperti pisang goreng, keledek goreng, popia gulung dan sebagainya. Kami memulakan perjalanan pada jam 5.30 petang. Kami sempat melawat Pantai Teluk Ketapang dan Teluk Nipah. Suasana dikedua-dua kawasan itu berlainan kerana ramai pengunjung lebih gemar memilih Teluk Nipah sebagai destinasi utama untuk beriadah.




Teluk Ketapang,Pulau Pangkor
Pantai Teluk Ketapang, Pulau Pangkor


Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Pada malamnya, kami telah menemuramah 2 orang penduduk kampung di Pulau Pangkor yang merupakan penjawat awam di Galeri Pangkor. Antaranya ialah Encik Mohammad Faizan bin Zainon dan Encik Nor Ariffin bin Arshad. Temuramah kami ini disambut oleh mereka berdua. Namun begitu, mereka sempat menceritakan tentang rasa kekecewaan beliau terhadap segelintir pihak yang bersikap tidak adil terhadap kajian yang mereka jalankan berkenaan sejarah Pulau Pangkor. Banyak institusi pengajian tinggi telah mula menyelidik dan mencari sejarah Pangkor termasuklah Universiti Sultan Idris (UPSI).  Mereka terkilan kerana hasil kerja mereka tidak dihargai dan kajian mereka digunakan untuk memenuhi kajian sesetengah pihak tanpa menghiraukan penat lelah mereka menjalankan kajian sejarah Pulau Pangkor. Mereka telah menjalankan kajian secara lisan dengan menemuramah penduduk asal Pulau Pangkor. Mereka juga menjalankan kajian secara arkeologi ke tapak-tapak sejarah Pulau Pangkor.

En Ariffin (kiri) dan Encik Faizan(kanan) merupakan pengkaji sejarah Pulau Pangkor sejak sekian lama
Puan Ummu, Cik Lilyana dan Zuhelmi tekun mendengar penerangan
Encik Faizan menerangkan serba sedikit sejarah Pulau Pangkor
Dalam diskusi ini, mereka juga menyebut bahawa Pulau Pangkor merupakan kunci kepada perkembangan tamadun di seluruh dunia. Artifak yang berada di Galeri Pangkor bernilai lebih kurang RM350,000. Sebahagian daripadanya kepunyaan pihak galeri dan sebahagian lagi merupakan kepunyaan penduduk kampung di Pulau Pangkor. Sejarah Pangkor sebenarnya bermula sejak Zaman Ganga Negara lagi. Hasil penemuan beberapa artifak penting di Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti bahawa Pulau Pangkor berkembang sebagai sebuah tamadun sejak zaman dahulu kala lagi. 

Mereka juga berpendapat bahawa Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau dimana kawasan persinggahan oleh Raja-raja dahulu kala. Pangkor juga dikaitkan juga dengan tempat orang merajuk. Selain itu, sejarah Pulau Pangkor juga tersohor dengan Puteri Seri Dewi yang merupakan seorang puteri raja. Puteri Seri Dewi dikatakan seorang yang setia kerana sanggup menunggu suaminya pulang dari medan perang. Tanpa mengetahui suaminya telah kecundang, Puteri Seri Dewi dikatakan ghaib sewaktu menunggu suaminya itu. Lokasi tersebut dikenali sebagai Pantai Seri Dewi (sekarang dikenali sebagai Pantai Teluk Belanga). Tambahan pula, sejarah pulau Pangkor terkenal juga dengan Kota Belanda (Dutch Fort) dan juga Batu bersurat semasa penjajahan Belanda di Tanah Melayu.

Melalui temubual ini, kami akan menubuhkan sekumpulan pelajar untuk mendokumentasikan sejarah ini untuk dibawa ke Universiti Malaya sebagai tatapan umum. Temubual ini berlanjutan sehingga jam 12 tengah malam.

Pada keesokan harinya, kami sempat melawat Galeri Pangkor yang terletak berhampiran dengan pekan. Tinjauan kami disini tidak begitu lama kerana kami kesuntukan masa. 


Galeri Pangkor
















Antara artifak dipercayai sejak Zaman Ganga Negara.

Naskhah al-Quran tulisan tangan dari kepulauan Acheh




Artifak kendi

Keratan akhbar menceritakan kejayaan mereka mencari artifak





En Faizan menceritakan sejarah Pangkor kepada kami

Peta Pulau Pangkor pada 1870-an

En Ariffin menerangkan kepada Nazril berkenaan sejarah Pulau Pangkor



Koleksi Cincin Batu Aked

Perjanjian Pangkor 1874

Perjanjian Pangkor 1874



Pada jam 10 pagi, kami terus bergegas ke Pusat Khidmat Masyarakat untuk menemui Encik Asmadi di sana. Objektif utama delegasi ke-3 dihantar adalah untuk menghantar kertas cadangan projek ini kepada pihak Kerajaan Negeri Perak melalui sidang mesyuarat bersama Encik Asmadi. 

Melalui diskusi ini, pihak Pulau Pangkor telah bersetuju untuk melibatkan pelajar darjah 6, tingkatan 3 dan 5 dalam pembangunan akademik di Pulau Pangkor. Encik Asmadi berasa sedikit kecewa kerana keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini mencatatkan penurunan di kawasan Pulau Pangkor. Beliau juga ingin meminta pandangan umum dan idea untuk meningkatkan tahap pendidikan di Pulau Pangkor. Punca dan masalah perlu dikenalpasti dengan baik agar masalah pendidikan (belajar) ini dapat diatasi. 

Beliau juga berpendapat bahawa program anak angkat mendapat sambutan menggalakkan oleh penduduk di Pulau Pangkor. Hal ini kerana, banyak program anak angkat telah dilakanakan oleh beberapa IPTA/IPTS di kawasan tersebut. Beliau juga bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Induk daripada pihak mereka dalam membantu pihak kami mengadakan program selama 5 tahun di sini. 

Pusat Khidamat Masyarakat Adun Pangkor

Diskusi kali ke-2 bersama En. Asmadi

Sebelum kami berangkat pulang ke Universiti Malaya, kami sempat meninjau kawasan membuat bot-bot nelayan yang terdapat di Pulau Pangkor.





Kami menaiki feri ke Jeti Lumut pada jam 2.30 petang. Akhirnya kami tiba di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, Universiti Malaya pada jam 9.00 malam.