Thursday 6 October 2011

Lawatan Pertama

Lawatan ke Pulau Pangkor untuk yang pertama kalinya adalah pada 1 Oktober 2011.Tujuan lawatan ini lebih kepada melawat tempat kajian iaitu Kampung Teluk Gedong yang merupakan sebuah perkampungan nelayan. Lawatan ini diketuai sendiri oleh Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah iaitu Profesor Madya Dr Ahmad Salihin Bin Haji Baba dan 6 orang ahli JTK iaitu Syahrulnizam bin Noor Hisham, Nik Nadia Sophia binti Nik Mohd Zaaba, Hazreena Aida binti Illias, Rabiatul Adawiyah binti A. Rahmin,Mohd Nur Ashraf bin Mohd Yusoff dan Muhammad Zulhelmi bin Mansor.Tepat jam 5 pagi, kami bertolak dari kolej menaiki van yang dibawa oleh Abang Bob dan tiba di Jeti Lumut pada pukul 9 pagi. Kami kemudiannya menaiki feri yang dengan bayaran tambang RM10 untuk perjalanan dua hala dari Lumut ke Pangkor dan perjalanan tersebut mengambil masa selama 35 minit. Setibanya disana, kami menyewa homestay sebagai tempat penginapan
Di Pintu Gerbang Kampung Teluk Gedong



Salah satu homestay di Pulau Pangkor

Ruang tamu homestay

Homestay 1

Homestay 2

 
Antara tarikan di Pulau Pangkor adalah Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat (Historical Rock) yang terletak dalam Kampung Teluk Gedong.Kota ini telah mencatat sejarah yang panjang.Dibina pada kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai kota bertujuan melindungi kapal-kapal dagang mereka. Kota ini sering menjadi sasaran pahlawan Melayu yang menentang penjajah hingga beberapa kali ia ditinggalkan.

Antara tinggalan yang ada di Kota Belanda
Kota Belanda yang terletak di Teluk Gedong





Agenda diteruskan dengan berjumpa penduduk kampung bagi mendapatkan maklumat tentang Kampung Teluk Gedong.Kami berpeluang untuk menemuramah Encik Ishak iaitu Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor. Beliau juga merupakan salah seorang pengusaha gamat emas di kampung itu.

Pengetua Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah bersama En Ishak
En Ishak menerangkan tentang gamat dan hasil tangkapan di Pulau Pangkor

Menurut Encik Ishak Bin Hanif, terdapat 36 jenis gamat dan Pulau Pangkor merupakan lubuk gamat emas yang terbaik di dunia kerana air lautnya yang masin.Ini diiktiraf sendiri oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Gamat dikutip 2 kali setahun bagi menjamin keterusan spesies berharga ini.Terdapat banyak khasiat yang terdapat pada gamat emas,antaranya ialah dapat meningkatkan kesihatan badan dan mempercepatkan penyembuhan luka luaran serta dalaman


Minyak Gamat
 
Air Gamat

Ibu Gamat




No comments:

Post a Comment